Dapur ibu indonesia

Resep membuat nasi lemak

0
Cara Memasak Nasi Lemak Sedap
Cara Memasak Nasi Lemak Sedap. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi lemak sedap dan cara memasak nasi lemak sedap sehingga siap untuk dimakan. Resepi nasi lemak sedap ada disini. Selamat mencuba!
Bahan- bahan untuk membuat nasi lemak sedap (untuk 4 orang):
Bahan A (untuk nasi)
3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam
Bahan B (untuk sambal)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili giling
Sedikit asam jawa
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
¾ gula melaka
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara masakan Nasi Lemak sedap :
Cara masak nasi lemak:-
1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.
Cara membuat sambal nasi lemak sedap :-
1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.
* Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.
Sampai disini sahaja program masak-masak bersama cik tom. hee.. Selamat mencuba cara membuat nasi lemak...

0 komentar:

Posting Komentar